K-On! mengisahkan tentang 4 orang pelajar sekolah di Jepun yang bersama-sama dalam sebuah kelab musik pop yang sudah hampir ditutup. Meskipun dianggotai 4 orang pelajar sahaja, tiga daripada mereka mampu bermain alat muzik yang tertentu, kecuali anggotanya yang bernama Yui yang tidak memiliki pengalaman bermain alatan muzik. Watak utama anime ini ialah Yui Hirasawa yang tidak mempunyai kemampuan bermain alat muzik mahupun membaca buku muzik.
Pada permulaan kisah K-On! Yui mempunyai masalah untuk mempelajari bermain gitar dengan baik namun prestasinya meningkatkan, terutama sekali dalam musim kedua di mana dia boleh bermain dengan sempurna. Selain menceritakan proses pembelajaran Yui dengan alat muzik pelihannya, K-On! juga memperlihatkan keakraban Yui dan rakan-rakannya, iaitu Mio Akiyama, Ritsu Tainaka, Azusa Nakano, dan Tsumugi Kotobuki, di samping persembahan pentas mereka yang pertama, selain daripada usaha untuk mencari ahli-ahli baru.
WATAK-WATAK
Yui Hirasawa (平沢 唯 Hirasawa Yui)
Suara latar: Aki Toyosaki
Yui merupakan watak utama dalam anime K-On!. Dia merupakan salah satu ahli kelab muzik ringan dan memainkan gitar "Heritage Cherry Sunburst Gibson Les Paul Standard" yang digelarnya sendiri sebagai "Gīta" "ギー太". Dia tidak mendapat gred yang bagus dalam sekolah (apabila diajar betul-betul, dia mendapat keputusan diluar jangkaan). Yui seorang yang kikuk dan selalu meluangkan masa dengan sia-sia. Dia boleh mengambil apa-apa makanan pun (dan badannya tetap tidak berubah; perkara ini dicemburui Mugi, Mio, dan Sawako). Dia mempunyai seorang adik bernama Ui, yang sangat matang dan amatlah berbeza dari segi tingkah laku jika dibandingkan dengan kakaknya. Yui berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik dalam permainan gitar. Yui bermain dengan semangat yang tinggi semasa persembahan dan selalu mendapat perhatian penonoton.Yui merupakan vokalis utama dalam Hokago Tea Time. Yui sangat senang diganngu oleh perkara lain tetapi boleh menumpukan perhatian untuk sesuatu kerja pada satu-satu masa yang tertentu. Jika Yui menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan bersungguh-sungguh dia seringkali akan lupa tentang perkara yang dibuat sebelumnya. Yui selalu berlatih bersungguh-sungguh untuk Hokago Tea Time. Suaranya dipuji oleh warga sekolah setelah kelab mereka melakukan beberapa persembahan.
Ritsu Tainaka (田井中 律 Tainaka Ritsu)
Suara latar: Satomi Satō
Ritsu (ataupun "Ricchan", nama gelaran yang diberikan Yui) merupakan presiden tidak rasmi untuk kelab muzik ringan mereka dan bermain drum berjenama Rick Marotta Signature Yamaha Hipgig. Dia seringkali lupa tentang tempahan yang harus dibuat untuk pentas semasa persembahan sekolah dan selalu diingatkan oleh Mio dan Nodoka. Ritsu adalah seorang yang periang, dan suka membuat lawak. Dia sangat pandai dalam mencari duit dan untuk kejayaan kelab itu. Dia memilih drum kerana alatan tersebut dianggapnya "cool" tetapi sebenarnya, dia memilihnya kerana mempunyai masalah dalam alatan muzik menggunakan pergerakan jari, contohnya bass, gitar dan keyboard walaupun terpaksa ditempatkan dibelakang pentas.
Dia merupakan kawan sejak kecil kepada Mio dan selalu mengusik rakannya itu terutamanya apabila Mio berasa takut akan sesuatu. Dia mencemburui Mio dan kawan-kawannya yang lain kerana kurang bersikap sebagai seorang perempuan seperti mereka berdua. Walaupun sikap dia begitu, dia dipilih memainkan watak Juliet pada musim kedua dan berjaya berlakon secara bersopan-santun. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Satoshi (聡). Pemain drum yang disukainya ialah "Keith Moon of The Who".
Mio Akiyama (秋山 澪 Akiyama Mio)
Suara latar: Yōko Hikasa
Mio ialah seorang gadis pemalu dan serius di kelab muzik ringan mereka, dan merupakan seorang pemain bass yang kidal, juga salah satu dari vokalis selain Yui. Dia sebenarnya ingin mengikuti kelab bahasa Inggeris namun di atas permintaan Ritsu, dia menemaninya untuk menubuhkan kelab muzik ringan sekolah mereka. Dalam siri anime, Mio merupakan vokalis dalam ketiadaan Yui dan menyanyikan beberapa lagu yang digubahnya sendiri; salah satu daripadanya berjudul "Light and Fluffy Time" (Fuwa Fuwa Time).
Tsumugi Kotobuki (琴吹 紬 Kotobuki Tsumugi)
Suara latar: Minako Kotobuki
Tsumugi, atau lebih dikenali dengan nama gelarannya "Mugi" merupakan seorang pemain piano dan juga memainkan alat muzik keyboard dalam kelab muziknya. Tsumugi merupakan anak seorang tuan perusahaan muzik. Keluarganya merupakan golongan yang kaya dan mempunyai banyak vila mewah dan seringkali dikunjungi oleh anggota kelab muziknya untuk berhibur bersama. Mugi sentiasi membawa teh dan kek (yang didedahkan didapatinya daripada sebuah kafe milik ayahnya) apabila mereka melakukan latihan di dalam kelab, kadang-kala sehingga mereka tidak melakukan sebarang latihan. Pada awalnya, Mugi ingin menyertai kelab koir, namun setelah dipujuk Ritsu dan Mio, Mugi bersetuju untuk menjadi ahli kelab muzik ringan sekolahnya.
Azusa Nakano (中野 梓 Nakano Azusa)
Suara latar: Ayana Taketatsu
Azusa merupakan seorang pelajar baru yang akhirnya menyertai kelab muzik ringan sekolahnya. Dia merupakan seorang pemain gitar yang handal, meskipun umurnya muda setahun berbanding ketiga-tiga ahli kelabnya yang lain. Dia seringkali digelar sebagai "Azu-nyan" oleh ahli kelabnya setelah memakai sepasang telinga kucing dan mengatakan "nyan" (di mana "nyan" dalam bahasa Jepun adalah sama dengan bunyi "meow" yang dihasilkan kucing). Meskipun tidak mengakui kehandalannya, Azusa telah bermain gitar sejak kecil lagi. Apabila Yui menemui Azusa, dia memintanya mengajar teknik-teknik tambahan untuk meningkatkan kemahirannya dengan alat muzik tersebut.
0 comments:
Post a Comment