Popular Posts

japans anime : 5 centimeter per second


Assalamualaikum dan selamat sejahtera yaw . ape kabo yop dan yong ? kome sihat ? . anyway selamat datang ke blog yang x brape ramai yang nak read blog aku ni ( huahuahua ..anyway for those who reads my blog, i sincerely thank you all for visiting! ) ngee . okey xnak merepek panjang-panjang . meh review cite anime movie nih ..


Judul: 5 Centimeres Per Second - A chain of short stories about their distance.
Direktor: Makoto Shinkai.
Penulis: Makoto Shinkai, Steven Foster
Genre: Movie.

Episod 1: Ōukashō
Ōkashō (Ekstrak Bunga Sakura): Apabila tamatnya persekolahan di sekolah rendah, Takaki Tōno dan rakan karibnya bernama Alkari Shinohara telah berpisah. Akari berpindah keTochigi kerana pekerjaan ibu bapanya, manakala Takaki memasuki sebuah sekolah rendah menengah di Tokyo. Mereka berdua saling membalas surat dan menghubungi masing-masing menerusinya, namun walaupun terdapat perasaan yang istimewa di antara mereka, hanya masa sahaja yang terus berlalu. Apabila Takaki menyedari bahawa keluarganya akan berpindah ke Kagoshima, dia berputus untuk berjumpa Akari kerana sesudah dirinya berpindah, jarak di antara mereka adalah terlalu jauh untuk mereka berjumpa. Namun, setibanya hari yang dinantikannya, sebuah ribut salji yang dasyhat telah melewatkan lawatannya, dan selepas beberapa jam barulah dia tiba di Iwafune, Tochigi, di mana mereka berjanji untuk berjumpa. Mereka berdua akhirnya berjumpa pada lewat malam hari yang sama, dan meluangkan malam itu bersama-sama. Sambil mereka berkongsi satu ciuman, Takaki sedar bahawa mereka berdua tidak akan dapat bersama kerana masa dan keadaan akan memisahkan mereka, secara beransur-ansur. Keesokan harinya, dia pulang menaiki kereta api, membawa sebuah perasaan pahit-manis bersamanya.

Episod 2: Cosmonaut
Takaki kini bersekolah di sebuah sekolah menengah di Tanegashima, di mana terletaknya Tanegashima Space Center. Kanae Sumita, seorang gadis yang juga merupakan rakan sekelas Takaki, memendam perasaan yang istimewa terhadap Takaki, namun dia tidak mempunyai semangat yang mencukupi untuk meluahkan perasaan cintanya. Dia kemudian saling memerhatikan Takaki yang seringkali termenung, seolah-olah mencari sesuatu yang berada jauh daripadanya. Walaupun dia mencintai Takaki, Kanae memahami behawa lelaki yang dicintainya itu sedang mencari sesuatu yang jauh lebih bermakna daripada apa yang dapat diberikannya.

Episod 3: Byōsoku 5 Centimeter
Pada tahun 2008, ketiga-tiga watak telah berpisah dan menjalani kehidupan masing-masing. Takaki kini merupakan seorang pengaturcara komputer di Tokyo, manakala Akari sedang bersedia untuk berkahwin. Takaki sedang berjalan-jalan dan terserempak dengan seorang wanita yang kelihatan seperti seseorang yang dikenalinya di sebuah lintasan landasan kereta api. Keliru dengan perjumpaan ini, dia cuba untuk berpaling belakang, namun sebuah kereta api muncul secara tiba-tiba dan menghalang pandangannya. Sambil dia mengimbas kembali sebab-sebab yang menyebabkannya berhenti bekerja, ditunjukkan bahawa kekasihnya selama 3 tahun (bukannya Kanae) telah berpisah dengannya.

Watak-Watak
Takaki Tōno (遠野貴樹 Tōno Takaki)
Akari Shinohara (篠原明里 Shinohara Akari)
Kanae Sumita (澄田花苗 Sumita Kanae)
< >
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Get Update Article on FacebookX

Find Us on Facebook

Get Update Article on Google+X

Follow Us on Google+